Wednesday, June 23, 2010

CERAMAH KESIHATAN - AEDES DAN DENGGI

Pada 23 Jun 2010, SKTJJ2 telah dilawati oleh Unit Rawatan Penyakit Bawaan, Vektor , Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk memberikan ceramah kesihatan berkaitan dengan Aedes dan Denggi. Pelbagai input diperolehi. Semua murid berpeluang melihat secara terus kitaran hidup seekor nyamuk bermula dari telur sehingga menjadi nyamuk dewasa.
Ceramah ini mendedahkan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kesihatan di dalam dan luar rumah.

Sunday, April 18, 2010

PROTEX - KEMPEN MENJAGA KEBERSIHAN

SKTJJ2 telah dilawati oleh kakitangan Protex. Setiap murid menerima sumbangan sabun untuk kegunaan harian. Murid-murid telah didedahkan dengan cara membasuh tangan yang betul.
Terima Kasih, Protex.

SAMBUTAN MAULIDURRASAUL PERINGKAT SEKOLAH 1431H

16April merupakan satu detik kenangan bagi seluruh warga SKTJJ2 kerana telah berjaya mengadakan satu majlis tahunan iaitu Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah. Kejayaan Panitia Agama Islam menjalankan aktiviti ini memberikan impak yang besar kerana pengisian program yang begitu padat. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Hafeez bin Mansour yang dijemput khas dari Jabatan Mufti Johor amat menarik minat murid-murid dengan penceritaan kisah sejarah Islam bermula dari NAbi Adam a.s hingga Nabi Muhammad s.a.w.
Program yang berjalan selama lebih kurang 3 jam itu dimulakan dengan bacaan berzanji yang dialunkan oleh barisan guru-guru SKTJJ2. Seterusnya persembahan daripada murid-murid Pra-sekolah dengan dendangan lagu sambil bercerita di bawah bimbingan Cikgu Mimi Zeakiah bt. Abd Samad. Majlis diakhiri dengan jamuan Nasi Beriani untuk semua murid. guru-guru dan kakitangan sokongan SKTJJ2.

"RASULULLAH PEMIMPIN UMMAH"

Sunday, February 7, 2010

MOTIVASI IBUBAPA DAN MURID TAHUN 6

MOTIVASI IBUBAPA DAN MURID TAHUN 6

Pada 6 Feb 2010, bertempat di dewan SKTJJ2 telah diadakan satu program anjuran bersama Majlis Guru Tahun 6 dan Unit bimbingan dan kaunseling sekolah. Program ini telah dikendalikan oleh Syarikat Konsultan yang telah dilantik khas. Program ini mampu meningkatkan semangat murid-murid seterusnya bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. "TOP STAR KIDS" merupakan tajuk yang diperkenalkan. Semoga usaha yang dilakukan mendapat keberkatan dan beroleh kejayaan.

Monday, January 11, 2010

GURU BARU..

SELAMAT DATANG
kepada 6 orang guru baru SKTJJ2. Selamat mejalankan tugas dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Bersama-samalah kita membangunkan nama sekolah dalam pelbagai bidang. Semoga berjaya.

Sunday, January 10, 2010

TAHUN BARU .....AZAM BARU......2010....

Selamat menyambut Tahun Baru 2010. Khas untuk semua guru, selamat menjalankan tanggungjawab. Semoga tabah, cekal dan ceria. Kepada semua murid, belajar bersungguh-sungguh. Semoga berjaya. Salam Satu Malaysia.

Sunday, November 8, 2009

Terengganu 2009

Pada 5-8 Oktober 2009, seramai 37 orang murid diiringi 6 orang guru telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Terengganu anjuran Unit Lawatan SKTJJ2. Sepanjang lawatan, pelbagai ilmu diperolehi. Tempat lawatan yang dikunjungi adalah Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Muzium Negeri, Pasar Kedai Payang, Bukit Puteri, Planetarium Negeri, kompleks Noor Arfa Batik dan kilang memproses keropok. Tempat penginapan peserta rombongan adalah di Saudagar Beach Resort, Marang. Semua peserta berasa seronok dan gembira sepanjang perjalanan ke Terengganu ini.


Unit Lawatan SJTJJ2/2009