Tuesday, July 28, 2009

Kem Motivasi dan Pembentukan Sahsiah



Pada 24 hingga 26 April 2009, bertempat di Pusat Kokurikulum JPNJ telah diadakan Kem Motivasi dan Pembentukan Sahsiah murid-murid SKTJJ2. Kem ini telah disertai oleh Pengawas, Ketua Pemimpin Persatuan dan Unit Beruniform.


Kem Komandan iaitu En. Mohd Yusof Bin Mohamamad dengan jayanya telah dapat melaksanakan kem ini dengan bantuan guru-guru, pembantu murid dan juga kakitangan sokongan sekolah.

BORIA : Wakil Daerah Pasir Gudang


Pada 16 Mei 2009, SKTJJ2 telah mewakili daerah Pasir Gudang dalam pertandingan boria yang telah diadakan di daerah Kulaijaya, Johor. Walaupun tidak meraih sebarang pingat, SKTJJ2 telah cuba sedaya upaya memberikan saingan sengit untuk daerah lain dalam pertandingan tersebut. Harapan agar tahun hadapan SKTJJ2 akan mengharumkan nama daerah Pasir Gudang dalam pertandingan boria tersebut.

Sejarah Pembukaan SKTJJ2

Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 telah dibuka dengan rasminya pada bulan Disember 1994 Ketika itu Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 mempunyai tiga buah blok tiga tingkat di atas tanah yang seluas 5 ekar terletak di Jalan Keembong 41, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru . Ketika itu Guru Besarnya ialah En. Musa bin Mastor, Guru Penolong Kanan Kurikulum ialah En. A. Rashid bin Shafiee, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah Tn. Hj. Ishak bin Hj. Johari, Guru Penolong Kanan Kokurikulum ialah En. Kamal bin Ismadi sementara Penyelia Petang ialah Pn. Hafsah bt Salleh. Mereka dibantu lebih kurang 60 orang guru penolong dengan murid seramai 1,000 orang. Sesi pengajaran dijalankan dalam dua sesi pagi dan petang.

Pada awal tahun 1998 Guru Besar telah bertukar dan diganti dengan Guru Besar yang baru iaitu Pn. Fatimah bt Jamil. Guru Penolong Kanan Kurikulum ialah Tn. Hj. Abd. Manan bin Murshid beliau bersara pada penghujung tahun 2000 dan diganti dengan Pn. Zainon bt Salleh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah Pn. Hajah Fatimah bt Hj. Talib dan diganti dengan Pn. Hajah Zaila bt Sabran, Guru Penolong Kanan Kokurikulum ialah En. Parthasamy dan diganti dengan Tn. Hj. Salleh bin Ahmad sementara Penyelia Petang ialah Pn. Hajah Latifah bt Suleiman. Jumlah guru penolong seramai 65 orang dan jumlah murid lebih kurang 800 orang. Beliau telah memperkenalkan Kelas Transisi untuk Tahun Satu dan beliau juga adalah salah seorang penyelia Transisi peringkat Kebangsaan. Beliau berkhidmat di sekolah ini hingga penghujung bulan November 2002.

Motivasi Tahun 6 di SAJ, Pasir Gudang.

Tanggal 15 dan 16 Ogos 2009, seramai 86 orang murid Tahun 6 SKTJJ2 telah mengikuti Kem Motivasi dengan jayanya di SAJ Pasir Gudang. Tahniah dan syabas kepada semua guru yang telah bermati-matian menjayakan program ini. Tahniah dan syabas juga kepada murid-murid Tahun 6 yang telah berjuang dari awal hingga tamatnya program ini.

Diharapkan, murid-murid Tahun 6 telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba tidak lama lagi. Doa restu daripada guru-guru dan ibu bapa sentiasa mengiringi perjalanan kamu menuju puncak kejayaan.