Tuesday, July 28, 2009

Sejarah Pembukaan SKTJJ2

Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 telah dibuka dengan rasminya pada bulan Disember 1994 Ketika itu Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 mempunyai tiga buah blok tiga tingkat di atas tanah yang seluas 5 ekar terletak di Jalan Keembong 41, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru . Ketika itu Guru Besarnya ialah En. Musa bin Mastor, Guru Penolong Kanan Kurikulum ialah En. A. Rashid bin Shafiee, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah Tn. Hj. Ishak bin Hj. Johari, Guru Penolong Kanan Kokurikulum ialah En. Kamal bin Ismadi sementara Penyelia Petang ialah Pn. Hafsah bt Salleh. Mereka dibantu lebih kurang 60 orang guru penolong dengan murid seramai 1,000 orang. Sesi pengajaran dijalankan dalam dua sesi pagi dan petang.

Pada awal tahun 1998 Guru Besar telah bertukar dan diganti dengan Guru Besar yang baru iaitu Pn. Fatimah bt Jamil. Guru Penolong Kanan Kurikulum ialah Tn. Hj. Abd. Manan bin Murshid beliau bersara pada penghujung tahun 2000 dan diganti dengan Pn. Zainon bt Salleh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah Pn. Hajah Fatimah bt Hj. Talib dan diganti dengan Pn. Hajah Zaila bt Sabran, Guru Penolong Kanan Kokurikulum ialah En. Parthasamy dan diganti dengan Tn. Hj. Salleh bin Ahmad sementara Penyelia Petang ialah Pn. Hajah Latifah bt Suleiman. Jumlah guru penolong seramai 65 orang dan jumlah murid lebih kurang 800 orang. Beliau telah memperkenalkan Kelas Transisi untuk Tahun Satu dan beliau juga adalah salah seorang penyelia Transisi peringkat Kebangsaan. Beliau berkhidmat di sekolah ini hingga penghujung bulan November 2002.

No comments:

Post a Comment